Ahad, 12 April 2009

peringatan buat sahabat

Salam khalifah untuk semua yang bergelar muslim..di kesempatan ini saya bukannya nak beramah mesra,bukan juga untuk seronok tetapi hanya untuk memberi peringatan kepada sahabat2 sekalian tentang tanggungjawab ataupun amanah...
pertama sekali ingin saya ucapkan tahniah kepada sahabat2 pimpinan baru MPP/JTK 09/10 um,nilam puri yang baru sahaja diijabkabulkan pada 6/4/09...sahabat2 yang saya kasihi..kita semua wajib mengetahui bahawa disebalik perlantikan ini,terdapat pelbagai perkara yang amat penting dan berat untuk dipikul..kalau sebelum ini kita hanya seorang mahasiswa biasa tetapi kini kita telah ditambahkan tanggungjawab sebagai pemimpin...sedarlah sahabat2 semua!!!
disini juga saya ingin mengingatkan kepada sahabat semua supaya janganlah kita jadikan jawatan itu sebagai wasilah untuk 'glamour' sahaja...jika itulah matlamat kita nescaya akan hancurlah pimpinan kita.. maka disini saya ingin menyeru sahabat2 sekalian supaya betulkanlah niat kalian semua agar semua perkara yang dilakukan adalah semata-mata kerana Allah..moga segala yang kita lakukan bermatlamatkan satu sahaja iaitu keredhaan Allah..setakat itu sahaja coretan saya untuk kali ini..diharapkan segala yang baik itu dapat dijadikan tauladan dan yang buruk itu dibuang jauh..sekian wassalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan