Ahad, 12 April 2009

peringatan buat sahabat

Salam khalifah untuk semua yang bergelar muslim..di kesempatan ini saya bukannya nak beramah mesra,bukan juga untuk seronok tetapi hanya untuk memberi peringatan kepada sahabat2 sekalian tentang tanggungjawab ataupun amanah...
pertama sekali ingin saya ucapkan tahniah kepada sahabat2 pimpinan baru MPP/JTK 09/10 um,nilam puri yang baru sahaja diijabkabulkan pada 6/4/09...sahabat2 yang saya kasihi..kita semua wajib mengetahui bahawa disebalik perlantikan ini,terdapat pelbagai perkara yang amat penting dan berat untuk dipikul..kalau sebelum ini kita hanya seorang mahasiswa biasa tetapi kini kita telah ditambahkan tanggungjawab sebagai pemimpin...sedarlah sahabat2 semua!!!
disini juga saya ingin mengingatkan kepada sahabat semua supaya janganlah kita jadikan jawatan itu sebagai wasilah untuk 'glamour' sahaja...jika itulah matlamat kita nescaya akan hancurlah pimpinan kita.. maka disini saya ingin menyeru sahabat2 sekalian supaya betulkanlah niat kalian semua agar semua perkara yang dilakukan adalah semata-mata kerana Allah..moga segala yang kita lakukan bermatlamatkan satu sahaja iaitu keredhaan Allah..setakat itu sahaja coretan saya untuk kali ini..diharapkan segala yang baik itu dapat dijadikan tauladan dan yang buruk itu dibuang jauh..sekian wassalam..

Ahad, 5 April 2009

muhasabah diri

zwani.com myspace graphic comments
Myspace Islam Comments

15 pintu syaitan yang ADA didalam diri kita :

01) Pintu marah
02) Cinta dunia
03) Kebodohan(keengganan menghadiri majlis ilmu)
04) Panjang angan-angan
05) Rakus
06) Bakhil
07) Suka pada pujian
08) Riak
09) Ujub (merasa kagum)
10) Takut dan gelisah
11) Buruk sangka
12) Memandang rendah pada orang lain
13) Merasa suka pada dosa
14) Merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
15) Putus asa daripada rahmat "ALLAH"


15 Senjata MENGHALANG Syaitan :


01) Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
02) Banyakkan bezikir
03) Banyakan Beristigfar
04) Baca "La i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
05) Jangan tidur berseorangan
06) Baca doa pagi dan petang
07) Bersugi
08) Melaksanakan solat jemaah
09) Berwudhuk sebelum tidur
10) Menutup aurat
11) Membaca doa masuk tandas
12) Banyak berselawat pada hati
13) Bertaubat, beristighfar
14) Banyakkan baca Al-Quran
15) Membaca surah Yassin setiap pagi


Rumah yang TIDAK dimasuki syaitan :

01) Rumah yang bersih
02) Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
03) Sentiasa berzikir(ahli rumah menegakkan solat)
04) Panghuninya jujur dan memenuhi janji
05) Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)
06) Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
07) Rumah yang penghuninya berbakti kepada ibubapa.



Sama-samalah kita jauhkan diri dari syaitan yang direjam…..


mukmin yang sejati

ما من مؤمن الا وانا اولى به في الدنيا والأخرة,اقرؤا ان شئتم: النبي اولى بالمؤمنين من أنفسهم فأيما مؤمن مات وترك مالا فليرثه عصبته من كانوا ومن ترك دينا أو ضياعا فليأتني فأنا مولاه